Tuesday, 16 August 2016

TAHAP INTERGRASI

Pada dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan dan ditapis lagi bahawa perpaduan amat penting dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat ini. Dengan adanya dan lahirnya akan semangat perpaduan dan kemasyarakatan serta integrasi dalam diri setiap insane di muka bumi ini, maka keadaan dan situasi yang buruk dapat dihindari serta di jauhi sama sekali dalam kemasyarakatan alam globalisasi ini. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai tahap perpaduan yang sebegitu rupa memang terdapat banyak halangan yang membantutkan kita menjadi sebegitu. Tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dijalankan, Maka lima tahap ini perlu diketahui dan difahami agar sifat akan perpaduan ini dijalankan sebaik mungkin. Tahap tersebut ialah segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Dalam memupuk akan semangat perpaduan, integrasi dan kesatuan dalam pelbagai etnik dan budaya, terdapat lima tahap yang perlu diberi perhatian iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Setiap tahap tersebut membawa maksud yang tersendiri dan perlu difahami dan ditekankan dalam memupuk tahap integrasi perpaduan negara. Kesemua tahap ini perlu diselami dan didalami oleh semua pihak agar dapat meningkatkan tahap perpaduan dan integrasi.


Untuk memahami akan tingkat tahap integrasi, kita perlu memahami dahulu apa itu maksud disebalik perpaduan dan integrasi. Perpaduan membawa maksud sifat bersatu antara satu sama lain. Bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun  sukar mahupun senang, perpaduan tetap menjadi tunjang utama kehidupan bersama. Seterusnya, integrasi. Integrasi disini membawa maksud sesuatu tahap proses yang amat kompleks. Disini dapat difahamkan bahawa untuk meningkatkan tahap integrasi itu bukan mudah, kerana ianya berbentuk kompleks yang perlu difahami dan didalami terlebih dahulu unt ke tahap yang seterusnya. Integrasi dapat diperkatakan membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Ini adalah perkara yang amat penting bagi semua negara, terutamanya negara yang mempunyai berbilang kaum bagi memastikan perpaduan antara satu sama lain. Tersebut adalah proses dalam tahap integrasi yang perlu diberi penekanan dan perhatian sewajarnya bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.
Secara ummumnya,tahap hunungan etnik di Malaysia boleh diukur sejak zaman penjajahan lagi.Oleh itu, perkembangan tahap hubungan etnik di Malaysia  bermula dari tahap yang rendah hinggalah ke tahap yang tinggi.Apakah maksud tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi tersebut ?Persoalan ini dapat dilihat dalam konsep-konsep berikut iaitu bermula dengan segregasi,akamodasi,akultrasi,asimilasi dan amalgamasi.

Apakah yang di maksudkan dengan Perpaduan dan Intergrasi ?
  • Sebelum menelusuri isu ini dengan lebih mendalam, tunjang perbicangan iaitu konsep perpaduan dan integrasi perlu difahami terlebih dahulu takrifannya. Perpaduan dan integrasi adalah merujuk kepada proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses menyatupadukan masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. 

Apakah yang dimaksudkan dengan Intergrasi ?
  • Intergrasi adalah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasionaldalam kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial,ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik.


Tahap intergrasi ini boleh dibahagi kepada lima tahap.Di tahap yang paling rendah adalah :
  1. Segregasi.

  • Pada peringkat awal,ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum etnik di Tanah Melayu yang bersifat terpisah.Pemisahan ini dapat dilihat melalui tempat tinggal,sistem pendidikan,pekerjaan dan pergaulan.Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan britis di Tanah Melayu dahulu.
  • Segregasi bermaksud pemisahan atau pengasingan satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.Sebagai contoh yang paling hampir dengan kita adalah pada zaman penjajahan british.Pada waktu itu,mereka telah membawa masuk buruh yang datang dari China dan India ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan.Pihak british telah mengasingkan tempat kediaman bagi para pekerja china dan india.Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan petani,maka tempat tinggal mereka adalah di kampung-kampung,pedalaman dan pesisir pantai.Orang cina pula bekerja sebagai peniaga dan pedagang serta perlombong dan kebanyakkan mereka tinggal di pinggir bandar dan kawasan bandar,manakala kebanyakkan orang india bekerja sebai buruh dah penoreh getah dan tempat tinggal mereka kebanyakkannya tertumpu kawasan estet dan ladang.Mereka telah mengasingkan mengikut kaum masing-masing dan tidak membenarkan orang melayu,china dan india untuk berinteraksi antara satu sama lain.Pemisahan ini boleh berlaku mengikut beberapa keadaan iaitu:
         -budaya
         -agama
         -sosial
         -adat resam
         -kawasan tempat tinggal
         -sistem persekolahan
  • Oleh kerana pihak british tidak membenarkan mereka berjumpa antara satu sama lain telah menyebabkan kumpulan etnik di situ kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang untuk saling memahami terhad.
  • Untuk lebih memahami tahap ini ia boleh di kenalpasti dengan satu formula.Iaitu "A/B/C". Huruf  A,B dan C adalah diwakili sebagai etnik-etnik yang berada di sesuatu tempat seperti di Tanah melayu atau kini di kenali Malaysia yang mempunyai etnik melayu,cina dan india.Tanda " / "  sebagai tembok yang bermaksud  permisahan atau pengasingan sesuatu etnik tersebut.
Tahap yang seterusnya pula ialah :
  1. Akomodasi

  • Akomodasi pula bermaksud proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing.Dalam konteks ini negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Melayu,Cina,India dan lain-lain tetap mengamal dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.Sebagai contoh antara pemerintah indonesia dengan gerakan separatis Aceh dalam hal menjaga stabilitas keamanan di Aceh.Di negara kita juga telah membuat pelbagai perjanjian dengan negara luar demi memastikan hubungan diplomatik mahupun untuk ekonomi negara lebih stabil dan aman. Cuba anda bayangkan jika kita tidak mengamalkan Akomodasi ini,tentu negara kita tidak akan dapat berkembang maju dan aman.


  • Formula bagi tahap ini ialah "A+B+C=A+B+C".Huruf A,B,dan C mewakili setiap etnik.
  • Setiap etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi,politik,dan pendidikan.

    Tahap seterusnya pula ialah
    :

    Akultrasi


  • Akultrasi pula bermaksud proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza .Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik yang lain,ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kanun dan etnik yang menerimanya.Seperti yang kita boleh lihat sendiri di Malaysia,terdapat banyak penerapan unsur kebudayaan dari kelompok lain di amalkan di Malaysia sebagai contoh pemakaian kot dan bertali leher.Contoh yang lebih dan mudah di fahami adalah di kalangan pelajar Universiti,Kolej,Poloteknik dan lain-lain.Para pelajar atau pekerja yang bukan dari etnik Melayu telah mengamalkan pemakaian berbaju kurung untuk ke kelas mahupun ditempat kerja.
  • Formula bagi tahap akultrasi ini ialah"Abc+Bac+Cab".HURUF A,B dan C mewakili budaya etnik lain yang telah diterima pakai dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
  • Proses ini bermula dengan sosialisasi primer dan sosialisasi skunder.Sosialisasi primer ialah manusia belajar mengadaptasi budaya yang paling dekat seperti ahli keluarga diikuti dengan penerimaan dan pembelajaran unsur baru.Sosialisasi skunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.
Tahap yang keempat ialah : 
  1. Asimilasi



  • Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identitiyang sama.Proses ini bermakna kumpulan budaya satu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.Demgan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya etnik mempunyai budaya yang berbeza,etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi dan interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
  • Asimilasi pula bermaksud proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan.Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila adanya etnik yang mempunyai budaya yang berbeza,etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi,dan interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
  • Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah masyarakat Melayu di Thailand,masyarakat Cina kampung di Kelantan dan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.Contoh formula bagi konsep ini ialah "A+B+C=A".A adalah dominan.
Tahap yang terakhir ialah :
  1. Amalgamasi



  • Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baharu.Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik atau kaum.
  • Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah perkahwinan campur antara orang Cina dan India,Melayu dan Cina,India dan Melayu,Melayu dan Eropah dan sebagainya.Wajah Pan asia merupakan ras yang popular di rantau Asia dan Malaysia.Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi,cerdik,berpenampilan menarik dan sebainya.
  • Formula bagi konsep ini ialah "A+B+C=D".D adalah kelompok baru.

2 comments: