Tuesday 16 August 2016

ETNIK CINA



ETNIK CINA





 Merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera. Berhijrah ke semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 merupakan usahawan Cina atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong. Etnik Cina amat patuh kepada pembesar-pembesar Melayu. British terpaksa campur tangan dan memberi galakkan kepada Etnik Cina untuk datang ke negeri-negeri Melayu.Disebabkan permintaan bijih timah yang tinggi di England,ramai imigran Cina dibawa masuk terutama di Johor untuk bekerja dalam industri perlombongan.
Etnik Cina berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana Negara China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang saudara ketika itu.Mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka yang lebih awal dating ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.

Etnik Cina lebih tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja.Mereka terdiri daripada etnik Kwantung, iaitu orang Kanton,Teochew,Hakka dan Hailam.Mereka terdiri daripada peniaga.Etnik Cina berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana Negara China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang saudara ketika itu.Mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka yang lebih awal dating ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.Etnik Cina lebih tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja.Mereka terdiri daripada etnik Kwantung, iaitu orang Kanton,Teochew,Hakka dan Hailam.Mereka terdiri daripada peniaga.Etnik Cina berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki kerana Negara China sering dilanda malapetaka, bencana alam dan perang saudara ketika itu.Mereka berhijrah kerana pelawaan saudara-mara mereka yang lebih awal dating ke Tanah Melayu dan Asia Tenggara.Etnik Cina lebih tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja.Mereka terdiri daripada etnik Kwantung, iaitu orang Kanton,Teochew,Hakka dan Hailam.Mereka terdiri daripada peniaga.

Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China keMelaka. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Hanyang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).


Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: HakkaKantonisHokkienTeochewHainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya KulaiSelangor-Kuala Lumpur danPahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau PinangJohor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di SelangorKuala LumpurPahangNegri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan SandakanSabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau PinangMelakaKedahTerengganuKelantanSelangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala LumpurSeremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakandengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.
PEKERJAAN
Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta.
Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah

EKONOMI

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Struktur

Sejak zaman Tiga Tokoh Murni dan Lima Maharaja, seseorang raja China pernah menjadi pemerintah terhadap segalanya. Zaman-zaman berbeza dalam sejarah menetapkan nama-nama berbeza untuk pelbagai kedudukan dalam masyarakat. secara konsepsi, setiap zaman maharaja atau feudal amat serupa, yang mana pegawai kerajaan dan tentera berpangka tinggi dalam hierarki, sementara penduduk-penduduk lain pula di bawah undang-undang China biasa. Sejak akhir Dinasti Zho , masyarakat China tradisional disusun menjadi sistem hierarki golongan socio-ekonomi yang dikenali sebagai empat pekerjaan. Bagaimanapun, sistem ini tidak meliputi semua golongan sosial sementara pembezaan antara semua golongan menjadi kabur sejak pengkomersialan masyarakat China pada Dinasti Song . Pendidikan China Kuno juga panjang sejarahnya; sejak Dinasti Sui calon-calon berpendidikan membuat persediaan untuk peperiksaan diraja yang mengerah lulusan peperiksaan ke dalam kerajaan sebagai birokrat sarjana. Kemahiran dagangan dan kraf biasanya diajar oleh sifu. Sejarawan wanita Ban Zhao mengarang Pengajaran untuk Wanita padaDinasti Han dan menggariskan empat nilai yang harus dituruti kaum wanita, sementara sarjana-sarjana seperti Zhu Xi dan Cheng Yi turut mengembangkan nilai-nilai ini. Perkahwinan Cina dan amalan seks Tao adalah antara adat-istiadat yang dijumpai dalam masyarakat.

Nilai-Nilai

Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari Konfusianisme dan Taoisme dengan kombinasi konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling berpengaruh selalu menjadi bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep seperti Neo-Konfusianismeagama Buddha dan banyak lagi. Penjelmaan dan konsep-konsep kelahiran semula lain ialah satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan alam seterusnya.

BAHASA

Bahasa Cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika Dinasti Mingbahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun begitu, barulah ketika zaman Republik China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam memupuk satu bahasa seragam di China.
Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf. Hanya selepasGerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatu bahasa lisan.
MITOS DAN KEROHANIAN
Bahasa Cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika Dinasti Mingbahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun begitu, barulah ketika zaman Republik China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam memupuk satu bahasa seragam di China.
Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf[1]. Hanya selepasGerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatu bahasa lisan.



           

               ADAT DAN BUDAYA ETNIK CINA

Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”
Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian juga merupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam.
Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.
Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.



No comments:

Post a Comment