MARI KITA MENGENALI DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG ETNIK
MINORITI YANG TERDAPAT DI MALAYSIA !!!
Kumpulan minoriti merupakan satu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat
yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Faktor geografi mempengaruhi budaya
sesebuah kumpulan seperti masyarakat pedalaman kaum asli, Kadazan ,Murut dan
sebagainya.
• Etnik minoriti yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah Melayu
pada kira-kira 1000 TM ialah orang Asli.
• Terdapat penemuan kesan-kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak
dan Gua Niah,
Sarawak.
• Penduduk terawal di negara ini ialah orang asli di Semenanjung Tanah Melayu,
orang Punan di Sarawak serta orang Rungus di Sabah.
Contoh kumpulan orang Asli dan penempatan mereka di Semenanjung Malaysia :
Kumpulan Negrito (Semang) Penempatan (Utara Semenanjung)
Batek Kelantan, Pahang, Terengganu
Jahai Kelantan, Perak
Kensiu Kedah
Kintak Perak
Lanoh Perak
Mandrik Kelantan
Kumpulan Senoi Penempatan (Tengah Semenanjung)
Che Wong Pahang
Jahut Pahang
Mah Meri Selangor
Semai Pahang, Perak, Selangor
Semok Beri Kelantan, Pahang, Terengganu
Temiar Kelantan, Pahang, Perak
Kumpulan Melayu-Proto (Melayu-Asli) Penempatan (Selatan Semenanjung)
Jakun Johor, Pahang
Kanak Johor
Orang Laut Johor
Orang Selitar Johor
Semelai Negeri Sembilan, Pahang
Temok Pahang
Temuan Johor, Melaka, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor
ETNIK SERANI
• Masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman
Kesultanan Melayu
Melaka. Ia juga dikenali sebagai Kristang iaitu merujuk kepada
kumpulan etnik yang berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya
berdarah belanda, inggeris, cina dan india hasil perkahwinan campur nenek moyang
mereka di abad ke-16 dan ke-17 di Melaka.
• Etnik ini wujud di
Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk kepada semua orang yang
berkacukan Asia dan
Eropah.
• Mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal-usul yang unik serta menarik.
ETNIK SARAWAK
Etnik di Sarawak terbahagi kepada beberapa komposisi mengikut kawasan penempatan
seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.
Antara kaum yang terdapat di Sarawak ialah kaum Melanau, kaum Iban, dan sebagainya.
KAUM MELANAU
• Kumpulan pertama ialah penduduk persisiran yang terdiri daripada orang Melayu dan
kaum Melanau.
• Penduduk persisiran yang mula menetap di
Sarawak pada abad ke-15 ialah orang
Melayu.
• Sebahagian besar mereka berasal dari Pulau Sumatera.
• Kaum peribumi yang turut mendiami kawasan persisiran ialah kaum Melanau.
• Mereka beragama Islam, mengamalkan cara hidup Melayu Islam serta menggunakan
bahasa Melayu.
KAUM IBAN
• Kumpulan kedua ialah penduduk pedalaman yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh,
Bisayah, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kedayan dan Kelabit.
• Orang Iban merupakan peribumi terbesar di
Sarawak.
• Penempatan utama mereka adalah di
Sungai Saribas, Sungai Batang Lupar. Sungai
Rejang dan Sungai Sekrang.
• Etnik kedua terbesar di
Sarawak pula ialah kaum Bidayuh yang mendiami kawasan
Sungai Samarahan dan
Sadong.
• Mereka menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya padi huma dan pertanian pindah.
ETNIK SABAH
• Penempatan etnik ini bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.
• Terdiri daripada 23 etnik Bumiputera dan dikenal pasti berdasarkan penempatan mereka.
• Antaranya ialah Kadazan Dusun, Bajau, Murut, Loh Dayuh, Bisayah, Kadayun, Orang
Sungai, Suang Lotud, Melayu/Brunei, Suluk dan sebagainya.
KADAZAN DUSUN
• Etnik terbesar ialah Kadazan Dusun.
• Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan
penempatan yang didiami.
• Penduduk persisiran terdiri daripada suku Bajau, Suluk dan Brunei.
• Menjalankan aktiviti menangkap ikan serta memungut hasil hutan.
• Kegiatan bagi etnik Murut pula ialah menanam padi bukit (padi huma), memburu binatang
dan memungut
hasil hutan.
Saksikan video ini !!! Khas untuk anda semua
No comments:
Post a Comment