Tuesday 16 August 2016

PERPADUAN DAN INTERGRASI

Selepas kemerdekaan , negara menghadapai pelbagai masalah dalaman terutamanya masalah perpaduan .Masalah ini wujud disebabkan oleh implikasi yang berikut :

  • Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat.
  • Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah perkauman
  • Sistem pendidikan yang berbeza juga punca masalah perpaduan kerana lahir idea berbeza dikalangan masyarakat dan sebahagian etnik membawa ideologi masing-masing dalam membina pembangunan Negara.
  • Fahaman politik merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza aliran,fahaman, dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain
  • Masalah ekonomi akan menimbulkan masalah persefahaman antara kaum kerana kesempitan hidup , ketidakseimbangan pendapatan serta sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
  • Perbezaan kepercayaan atau agama , keturunan , bahasa dan adat resam yang berbeza menimbulkan tiada tolenrasi dalam masyarakat kerana tiada persefahaman tentang hal tersebut.
  • Sistem pemerintahan penjajah juga merupakan punca kepada masalah perpaduan kerana penjajah mengamalkan dasar pecah dan perintah serta rakyat di Malaysia tidak memahami budaya , agama dan bahasa etnik lain
Antara Langkah yang telah diambil Kerajaan Malaysia untuk membendung masalah tersebut ialah :
  • Penyeragaman sistem pendidikan-menyemai dan memupuk semangat perpaduan dengan bermula di sekolah. Perpaduan melalui pendidikan dan kurikulum yang bersepadu serta seragam antara semua kaum. Penetapan Dasar dan Sistem Pendidikan yang sempurna bagi setiap warganegara Malaysia.
  • Integrasi ekonomi-melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DGE) agar jurang kemiskinan dapat dikurangkan dan seimbang dibandar serta luar bandar 
  • Penyatuan fahaman politik-mewujudkan semangat satu negara dan persefahaman dalam satu politik yang sama untuk mewujudkan serta mengekalkan perpaduan dan dapat dibuktikan dengan penyatuan politik
Aspek-aspek sosial lain dijadikan satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum dan menentukan sifat-sifat terbaik dalam membina satu bangsa yang bersepadu dan berdaya tahan

Masyarakat Majmuk dan Bolasepak Menyatukan Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia 

No comments:

Post a Comment