Tuesday 16 August 2016

ETNIK INDIA



Etnik India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia .Etnik ini masuk ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu , Indonesia dan sebagai buruh ladang. Mereka juga digunakan untuk memina bangunan, jalan raya dan jambatan.Namun lebih ramai bekerja di ladang-ladang tebu,kopi dan teh kepunyaan orang Eropah.


Pihak British juga membawa masuk orang ceylon (Sri Lanka) untuk berkhidmat sebagai kerani , pembantu hospital dan kakitangan perkhidmatan kereta api. Jawatan ini memerlukan orang yang berpendidikan Inggeris.



Kaum india juga berasal dari suku Malayalee yang berpendidikan, mereka diambil untuk mengawal sedia ladang-ladang atau estet-estet kepunyaan Inggeris. Suku Malayalee yang datang dari wilayah Malabar adalah beragama Islam dan dikenali sebagai Malabari. Ada sebahagian daripada mereka telah membuka kedai makan atau restoran.


Masyarakat Punjabi yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan, iaitu kereta lembu sebagai pengangkutan utama menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan-pengkalan di sepanjang sungai 

Kata-kata Tamil dalam Bahasa Melayu 
Pinjaman dari bahasa Tamil termasuk kata-kata harian seperti :
Bahasa TamilBahasa Melayu
akkakakak
kadaikedai
kappalkapal
katikamketika
muthumutiara
nagaramnegara
purvapurba
rajaraja
suniyamsunyi
talitali
udayamudaya
vakaibagai
bhumibumi
SuryaSuria
BumiputeranBumiputra
Jumlah dan peratusan kaum India mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan 

NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
PENDUDUK
% PENDUDUK
KEDAH
236,482
11.3
JOHOR
317.058
10.1
KELANTAN
3,849
0.3
MELAKA
69,037
6.2
NEGERI SEMBILAN
227,214
24.2
PAHANG
83,065
6.4
PERAK
351,688
14.5
PERLIS
2,745
1.2
PULAU PINANG
170,472
11.4
SABAH
7,453
0.3
SARAWAK
7,411
0.3
SELANGOR
1,150,130
23.1
TERENGGANU
2,397
0.2
KUALA LUMPUR
206,316
14.3
LABUAN
641
0.9
PUTRA JAYA
869
0.1


Agama-agama anutan kaum India Malaysia
AgamaPeratus
Hindu
  
86.18%
Kristian
  
5.99%
Islam
  
4.13%
Buddha
  
1.70%
Agama lain
  
1.92%
Tidak beragama
  
0.05%
Sumber: Statistik Bancian Negara Malaysia tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia



Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti Kristian dan Sikh.





 

 

 

No comments:

Post a Comment