Tuesday 16 August 2016

ETNIK MELAYU








PENGENALAN

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.Pembentukkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum(masyarakat kolonial)di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.Masyarakat kolonial adalah masyarakat yang berbilang kaum yang duduk dalam satu lapisan masyarakat.Pada tahun 1948,seorang pakar astropologi,J.S Funival pernah menulis dan menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk.Masyarakat majmuk menurut kamus dewan bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.

J.S Furnival merupakan orang pertama yang mengemukan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan  Burma.Menurut J.S Furnival(1967:54),masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang tersendiri.Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan imteraksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang.Hubungan mereka juga terbatas kepada hal ekonomi dan jual beli.Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama,bahasa,idea dan kaedah sendiri.

BAGAIMANA MALAYSIA MEMPUNYAI PENDUDUK YANG TERDIRI DARI PELBAGAI KAUM ? ? ?
Pada awala abad ke-18,perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing.Selain itu,ia juga terjadi kesan dari pedagang zaman kesultanan melayu melaka.Kebiasaanya,para pedagang luar akan ulang alik di antara petempatan di Kepulaun Melayu dengan tempat asal mereka.Ada juga setengah pedagang yang  membina penempatan disitu,Mereka yang menetap disitu,mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk berkhawin dengan penduduk tempatan disitu.Berikut juga adalah penyabab berlakunya campuran etnik.

Selain itu,ketika Tanah Melayu dijajah oleh Portugis dan British  telah membawa masuk imigran daripada cina dan india.Pihak British tidak menghadkan kemasukkan imigran-imigran tersebut,malah,British menggalakkan kemasukkan imigran dari cina dan india untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan.Kemasukkan imigran ini membuka dimensi baharu dalam proses pembentukan masyarakat  majmuk di malaysia dan memberi impak yang ketara dalam kehidupan tradisoanal orang melayu.Imigran cina dan india diberi peluang yang luas dalam aktiviti ekonomi moden di Tanah Melayu.Oleh kerana,sumber tenaga yang murah,ramai dan kuat bekerja,british berjaya melaksanakan dasarnya mencari kekayaan melalui pembukaan dan perluasan ladang-ladang getah,kelapa sawit,kopi,teh,tebu dan kegiatan perlombongan bijih timah,emas dan perak.Oleh kerana itu,orang cina berjaya menguasai ekonomi  moden dan jadi masyarakat bandar walaupun di negara asalnya,mereka hanya masyarakat kampung.Orang cina berjaya membentuk penduduk majoriti terutama di kawasan perlombongan yang membuka peluang untuk mereka bergerak aktif dalam sektor ekonomi moden seperti perniagaan,perdagangan,perindustrian dan perlombongan.Pertambahan penduduk cina di tanah melayu menjadi faktor utama perkembangan masyarakt majmuk di Malaysia.

Bukan hanya itu sahaja,kemasukkan buruh dari india turut mendorong kepada perkembangan msyarakat majmuk.Cara kemasukkan dan sebab-sebab kemasukan sama seperti orang cina.Perkembangan pesat sektor perladangan merupakan faktor utama yang mendorong orang india berhijrah ke tanah melayu.Orang india juga berjaya sertai sektor ekonomi moden tetapi tidak sehebat orang cina.Terbukti bahawa terdapat 3 kelompok utama yang hidup di satu kawasan yang sama,mereka bersaing tetapi dalam bentuk yang tidak produktif dan tanpa disedari terdapat pembahagian sektor pekerjaan berdasarkan garis-garis perkauman.Kewujudan orang cina dan india di sisi masyarakat melayu dan kaum peribumi yang lain merupakan faktor yang penting yang membentuk dan meggalakan perkembangan masyarakat majmuk yang melahirkan bentuk masyarakat malaysia yang dinamik dan kompleks.

MARI KITA FAHAMI APAKAH ITU KONSEP MASYARAKAT MAJMUK ?
Masyarakat = Kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut                              aturan dan cara tertentu dan terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang                                          berlainan.
Majmuk      = Masyarakat  yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza dan berada atau                                   tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi terpisah disebabkan tidak wujud                                   interaksi antara satu kaum dengankaum yang lain.

KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA



ETNIK TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU :


  • ETNIK MELAYU
  • ETNIK CINA
  • ETNIK INDIA
  • ETNIK MINORITI

Kepelbagaian etnik ini berlaku sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi.Ini kerana hasil dari para pedagang yang berlayar dan membuat persinggahan pada zaman kesultanan melayu melaka.Para pedagang yang singgah di sana,sama ada ingin tinggal di melaka atau berulang alik.Bagi pedagang yang tinggal ada diantara mereka yang telah menikahi penduduk tempatan di melaka.Oleh itu,terdapat percampuran anatara melayu asli dengan orang asing seperti orang arab.Bukan itu sahaja,kepelbagaian etnik juga adalah disebabkan penjajahan,british telah membawa imigran masuk ke tanah melayu.Antaranya,buruh india dan cina.Kerana itulah,Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan boleh dikatakan malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk.


    ETNIK MELAYU






    Etnik melayu pula terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :

    MELAYU PROTO




    Orang melayu proto(melayu purba atau melayu asli) ialah sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan,Taiwan dan tempat-tempat jauh seumpana itu.Mereka nampak seperti orang melayu dan berbahasa melayu.Mereka telah berkembang sehingga membentuk suku kaum Semang,Senoi,Temiang,Jakun,Orang Laut dan Orang Sungai.
    Ciri fizikal mereka adalah mereka berbadan pendek,berkulit gelap dan berambut kerinting.Jika hendak dibandingkan jumlah orang melayu proto lebih ramai daripada orang melayu deutro.

    MELAYU DEUTRO



    Orang melayu deutro adalah etnik melayu yang merujuk kepada keturunan melayu yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau iaitu pada pemerintahan Melayu Funan dan Champa.Disebabkan oleh melayu deutro ini datang dari Funan dan Champa mereka mempunyai kelebihan dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.Orang melayu deutro ini kurang berhijrah.Oleh itu,mereka mempunyai bahasa yang seragam dan ramai dalam kalangan mereka mendiami kawasan kampung dan dusun.

    MELAYU MODEN 






    Orang melayu moden ini merupakan masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara melayu proto dengan melayu deutro.Kehidupan melayu moden ini setaraf dengan bangsa Eropah,China,Jepun dan Korea.Mereka memilih untuk menjadi Melayu,bertutur dalam bahasa Melayu yang fasih,beragama Islam,mengamalkan budaya-budaya Melayu dan berbangga sebagai orang Melayu.Hampir semua Melayu Moden tinggal di bandar-bandar.Mereka juga terdedah kepada kemajuan teknologi,mempelajari pelbagai ilmu.

    KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK KAUM MELAYU SEBELIM MERDEKA.


    • Orang  melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah melayu.Sebelum era kolonial kegiatan ekonomi utama masyarakat melayu tersisir ialah pedagagan.Perdagagan utama adalah melalui sungai-sungai utama di negeri melayu.Justeru,kerajan-kerajaan melayu tradisional lebih tertumpu di tepi dan mara sungai.
    • Bagi negeri-negeri di pantai timur semenanjung,penduduk tanah melayu lebih ramai yang tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan(nelayan) dan bertani.Bagi kaum wanita di negeri kelantan dan terengganu pula,mereka bergiat di aktiviti perniagaan kecil-kecilan.Daripada senario ini jelas bahawa kegiatan ekonomi kaum melayu di negeri-negeri melayu ialah pedagagan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian,penternakkan,menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.
    • Walau bagaimanapun,penguasaan ekonomi orang melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan british dalam hal ehwal politik tempatan.Kemasukkan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu.
    • Kemasukkan buruh asing secara bramai-ramai telah menggalakkan kemunculan benda-benda baharu seperti Taiping,Ipoh,Port weld,Tapah dan Kampar di Perak,Kuala LumpurPort Swettenham dan klang di selangor serta seremban dan Port dikson di negeri sembilan.Namun,bandar-bandar baharu ini hanya menjadi tumpuan buruh asing.
    • Kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.Walaup[un peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa,namun peratusan kaum melayu di bandar-bandar baharu ini kekal kecil.
    • Jadual di bawah menunjukkan peratusan penduduk melayu.


    TAHUN
    JUMLAH
    PERATUSAN
    1921
    921,000
    16.0
    1931
    1,284,000
    15.9
    1947
    2,054,000
    17.4











    AGAMA KAUM MELAYU DI MALAYSIA.
    • Penduduk majoriti terawal di tanah melayu ialah orang melayu.Penduduk melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri,malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun berlaku kemasukkan buruh-buruh cina dan india.
    • Penduduk melayu di Tanah Melayu,Sabah ddan Sarawak,amnya menganut agama islam.Agama islam dibawa masuk ke tanah melayu sejak abad ke-14 atau ke-15.Kesultanan melayu melaka memang terkenai sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan peyebaran dah pengukuhan agama islam .
    • Agama islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada tuhan yang satu.Ajaran ini sememangnya berbeza dengan peganganmasyarakat di tanah melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama hindu dengan konsep banyak tuhan.Dalam agama islam al-quran sebab dijadika asas atau sumber hukum yang utama.Bersama-sama dengan daripada amalan nabi muhammad S.A.W. seperti hadis.Asas utama dalam ajaran islam ialah rukun islam dan rukun iman.



    No comments:

    Post a Comment