Tuesday 16 August 2016

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL

                                                           


        PERKONSIAN KUASA POLITIK DI MALAYSIA

Penyatuan parti berbilang kaum dalam satu pertubuhan yang besar dinamakan sebagai Parti Perikatan (era tahun 1950-an).
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan pada tahun 1955 membuktikan bahawa penggabungan etnik dalam satu badan politik adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan sokongan.


       KERAJAAN DEMOKRASI

Pengamalan demokrasi berpalimen 1975 memudahkan rakyat menyatakan bantahan dan meluahkan rasa ketidakpuasan etnik melalui wakildaripada etnik-etnik yang berbeza.
Seseorang boleh bersuara dan membuat kritikan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


      PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BAIK

Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat mengurangkan jurang perbezaan dan tuntutan ekonomi antara semua kaum.
 Kerajaan mampu mengendalikan  program-program yang berkesan termasuklah dalam bidang pertanian, perdaganagan dan sebagainya.

     TOLAK ANSUR ANTARA BUDAYA

Budaya Melayu yang diamalkan menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan,Manakala budaya lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut.
Menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum.Dalam Islam, sifat-sifat kemanusiaan keadilan dan kesederhanaan amat diutamakan. 

 

No comments:

Post a Comment