PENGAJARAN/KESAN


 Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 1997,dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 21 665 500, di mana orang warganegara beranggaran seramai 20 196600 dan 1 468 900 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum Cina, 1 541 700 orang kaum India dan 685 700 orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.


Pengajarannya ialah, dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mestilah  mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlulah saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain. Kesannya, kedatangan kaum Cina, India dan kaum-kaum lain ke tanah Melayu  pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya.  



No comments:

Post a Comment