Tuesday, 16 August 2016

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
































•  Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk negara asal negara ini, iaitu

    Orang Asli.

•  Orang Asli juga dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang memiliki ciri-ciri yang tidak

    jauh bezanya dengan  Orang Melayu Moden.

•  Kehadiran kaum-kaum lain seperti Cina dan India pula telah banyak mempengaruhi dan

   mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu menerusi pembentukan masyarakat

   berbilang kaum pada masa ini melalui kegiatan perdagangan.

• Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari China,

   India, Eropah dan Arab kerana terletak di lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah

   laluan perdagangan antara Timur dan Barat.

•  Kehadiran orang China di Tanah Melayu bermula daripada hubungan keselamatan antara

   Maharaja China dengan Kerajaan Melayu Melaka.

•  Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-4.

•  Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu Tua seperti Kerajaan

   Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh

   Hindu-Buddha yang dibawa oleh pedagang-pedagang India.

•  Pada abad ke-15, Keagungan Kerajaan Melayu Melaka telah membawa ramai pedagang

   asing untuk berhijrah  ke Melaka yang terdiri daripada pedagang-pedagang China, India,

   Arab dan Eroah serta pedagang dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.














No comments:

Post a Comment